Tuesday, 16 April 2013

Sekularisme





-  Merupakan ideologi yang merangkumi skop fahaman dan perbincangan yang luas dan bermatlamat untuk melahirkan idea dan nilai sekular dalam jiwa setiap individu,masyarakat dan mendaulatkn negara sekular.

-  Teras perjuangan berkaitan dengan keduniaan seperti politik, ekonomi, sosial, pentadbiran, undang-undang dan hak kebebasan mutlak setiap  individu daripada peraturan dan agama yang dilaksanakan oleh pemerintah dalam sesebuah negara.

-  Berpegang  kepada prinsip untuk menegakkan kepercayaan bagi setiap keputusan dan perlu bersumberkan daripada pemikiran akal manusia terlebih dahulu melalui bukti ujikaji bukan hasil doktrin agama.

Definisi Sekular




-  Sekularisme atau sekular berasal daripada perkataan latin iaitu “saeculum” yang membawa maksud masa dan tempat.

-  Menurut J.A.Amurray &Bradley (1994),  maksud sekular yang merujuk kepada masa ialah masa sewaktu kita menjalani kehidupan manakala tempat pula merujuk kepada kehidupan dunia atau dunia nyata.

-  George Jacob Holyoake berpendapat bahawa  sekularisme adalah melakukan sesuatu perkara yang berkaitan dengan kehidupan dan tiada kaitan dengan spiritual atau metafizik.

-  Nicollo Machiavelli mentakrifkan  sekularisme sebagai pemisah antara politik daripada agama dan seluruh kehidupan manusia melalui usaha yang berterusan untuk mencari kekuasaan.

Negara Sekular




-  Merujuk kepada gagasan negara yang menerima anutan fahaman sekular bagi negara tersebut. Ianya sejajar dengan kedaulatan Negara Komunis/ kapitalis iaitu Negara yang menganut fahaman Komunisme.

-  keprcayaan mendalam terhadap pengasingan gereja dan negara serta menghalang pendidikan agama diajar pada peringkat sekolah. “secularism is a belief in strict separation of church and state as by providing religious teaching in public school.” yang memisahkan agama dan negara.

-  Kuasa pentadbiran dan berkaitan hal-hal agam kristian perlu  diasingkan daripada gereja.

-  Politik merupakan satu gerakan pemisah antara agama dan kerajaan.

-  Golongan sekular lebih percaya kepada  ahli politik dalam membuat keputusan termasuklah hal-hal hukum agama seperti kes pengguguran perkahwinan sejenis dan pendidikan seks.

-  3 prinsip penting yang diutarakan oleh George Holyoake dalam English Secularisme(1986) :
1.      Memperbaiki kehidupan dengan cara kebendaan
2.      Sains panduan hidup bagi manusia
3.      Yang baik adalah baik untuk dilakukan sama ada wujud kebaikan atau tidak.

Sejarah Kemunculan Sekularisme



-     lahir disebabkan oleh beberapa faktor yang mencengkam dalam sejarah manusia yang hidup sekitar pergolakan tersebut. Penindasan pihak gereja dan kelahiran teori Darwin merupakan antara faktor terbaik yang merancakkan kelahiran ideologi dan perkembangannya di seluruh dunia.      Lahir disebabkan faktor yang mencengkam dalam sejarah manusia yang hidup sekitar pegolakan tersebut.