Sunday, 14 April 2013

Sifat Fahaman Humanisme




a)    Percampuran Bebas
           I.            Percampuran bebas antara lelaki dan perempuan tanpa sekatan digalakkan atas tidak ada bezanya antara lelaki dan perempuan dari segi hak asasi dan tanggungjawab.
        II.            Tanggungjawab mereka adlah berbeza mengikut kemampuan dan fisiologi dan Berusaha menghapuskan halangan-halangan tabii antara lelaki dan perempuan seperti merasa malu (haya’).

 b)   Penggunaan Istilah-istilah Yang Mengelirukan
§  Istilah ‘unisek’ dipopularkan bagi kedai gunting rambut. Dinamakan Unisek Saloon adalah tempat untuk gunting rambut bagi wanita dan juga lelaki di tempat yang sama.
§  Fesyen atau ‘style’ gunting rambut pun ditukar sehingga lelaki digalakkan berambut panjang dengan tocang atau memakai subang dan wanita berfesyen rambut pendek. Artis menjadi teladan dan (role model) bagi remaja-remaja.
§  Istilah yang digunakan bagi pelakon-pelakon filem adalah ‘bintang-bintang’ filem. Istilah ‘bintang’ bermaksud untuk memberi gambaran yang baik kepada pelakon yang direstui atau tidak direstui oleh Islam.
§  Istilah ‘Gay’ digunakan untuk kumpulan yang melakukan hubungan sejenis (homoseks) yang dilarang oleh hukum Islam. Istilah ‘Chairman’ digunakan untuk individu yang mempengerusikan sesuatu majlis, tetapi istilah ini dibantah oleh gerakan pembebasan (emansipasi) wanita Barat Sekular Moden.
§  Istilah ‘Chairman’ digunakan untuk individu yang mempengerusikan majlis tetapi dibantah oleh gerakan pembebasan wanita Barat Sekular Moden kerana memperkecilkan peranan wanita dan menunjukkan sifat chauvisnisme.
§  Islitlah ‘He’ iaitu kata ganti nama bagi tuhan  menimbulkan persoalan “Mengapakah Tuhan dianggap lelaki?” Yang sebenarnya Tuhan tidak menyerupai manusia. Dia bukan lelaki atau perempuan. Allah tidak menyerupai sebarang makhluknya.

c)   Penukaran Peranan Antara Lelaki dan Perempuan
ü  ‘Penukaran peranan’ ( Change role) antara lelaki dan perempuan adalah untuk menggalakkan percampuran bebas. Pertubuhan ‘Illuminati’ musuh Allah s.w.t  mengutarakan idea bahawa wanita yang berharga adalah wanita yang memberi khidmat kepada masyarakat di luar rumahnya, di mana kerjaya diberi nilai, dalam bentuk gaji atau kenamaan atau pengiktirafan.
ü  Teori evolusi Darwin bahawa manusia adalah hasil keturunan haiwan. idea perkahwinan adalah satu hambaan bagi wanita.
ü  Wanita sebagai ibu tidak berharga kerana kerja-kerja yang dilakukan tidak diberikan gaji oleh masyarakat.

d )   Gerakan Pembebasan Wanita
Ø  Istilah ‘pembebasan’ di sini bermaksud (pada awal sejarahnya) membebaskan diri daripada kezaliman khasnya dari kongkongan peraturan-peraturan agama Institusi Gereja Katolik Rom.
Ø  Gerakan Pembebasan Wanita lahir di Amerika dan Eropah. Gerakan pembebasan wanita kebanyakkan bertujuan untuk membebaskan diri daripada peraturan nilai agama.

e)     Kaunseling Berkelompok
Ø  Untuk menghapuskan kononnya perasaan malu, mereka mangadakan kaunseling berkelompok. Peserta lelaki dan perempuan sejumlah 7 atau 8 orang didudukkan bercampur secara bulatan.
Ø  Mereka juga mengadakan satu jenis permainan dimana peserta dicampurkan,  diikat dan ditutupkan mata dan diarahkan merasa orang yang terdekat yang dapat dipegang, kononnya mengenalnya melalui rabaan.

f)     Pendidikan Seks
Ø  Dimulakan di Sweden pada tahun 1940 melalui ‘panduan-panduan bagi penyelidikan moral’. Tetapi didapati dari tahun 1956 banyak cara pendidikan mencerobohi panduan-panduan tersebut.
Ø  Dalam suasana di mana negara mengamalkan sistem pendidikan sekular, amalan-amalan seks yang ganjil dan curangpun disyorkan diajar sebagai kaedah yang direstu oleh undang-undang negara untuk memenuhi kemahuan seks.
Ø  Menurut nilai-nilai ‘pluralistik’ mereka menganggap seks diluar nikah tidak mengapa kerana “ kita perlu menghormati semua pendapat’. Dalam bab perkahwinan ia membahaskan berkenaan batas-batas percampuran antara lelaki dan perempuan.
Ø  Boleh disalahkan kerana jika organisasi tersebut tidak mengiktirafkan adanya Tuhan
      Yang Maha Esa, adanya Rasul dan Hari Kiamat.
Ø  Membawa kepada penyakit masyarakat seperti dadah,aids,penyakit kelamin dan seks bebas semakin menjadi-jadi di negara barat di kalangan remaja seperti di Sweden dan Amerika Syarikat.

No comments:

Post a Comment